Wednesday, 16 May 2012

KOLEKSI PANTUN NASIHAT


Buat baik berpada pada
Takut ada terhutang budi
Walau senyum suatu pahala
Jangan sampai di salah erti

Melompat riang si anak kancil
Kancil terjerat helah sendiri
Sabar dan ikhlas membuah hasil
Hasil dikutip di akhirat nanti

Harum sekuntum mekar sejambak
Taman raudhah berpagar iman
Limpahan hidayah tercurah melambak
Malang sedikit membekas berkesan

Si tukang kasut membuat perabut
Si penggali kubur menjadi bidan
Adzan berkumandang tiada bersahut
Ruhul kudus menangis keseduan

Menggali lubang menimbus lubang
Hamba fakir beraksi kaya
Hutang menimbun keliling pinggang
Batu permata bercampur serpihan kaca

Apa bergelora di lautan samudra
Jika tidak arus dan gelombang
Setiap niat gerak tutur kata
Kehadirat sang adil dihitung timbang

Saturday, 21 April 2012

CERITA KANAK-KANAK


CERITA PILIHAN MINGGU INI

KAYA KOTA

KOSA KATA MINGGU INI.


1.    Cakna  -  ambil peduli, ambil berat

2.    kurator
i.               pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap);
ii.             anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll);
iii.            pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara.

3.    Delegasi - (délégasi)
i.              rombongan yg mewakili sesebuah negara dlm perundingan (persidang­an dsb), perwakilan;
ii.             tindakan mengamanah­kan atau menurunkan hak (kuasa, tugas, tanggungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb);
iii.            Id pemindahan wang atau hutang kpd orang lain; mendelegasikan mengamanahkan atau me­­nurunkan hak (kuasa, tugas dan tang­gungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb).

4.    Propaganda   -  penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi  
                       atau pendapat yg dihebahkan  utk mempengaruhi orang ramai.

5.    Jamung -  andang, suluh,

6.    Andang   -  suluh (drpd daun nyiur yg kering)

7.    Wahana -alat utk melahirkan atau utk menyampaikan fikiran, perasaan dsb

8.    Cerpu- lapik kaki (spt terompah) yg dibuat drpd kulit.

Thursday, 12 April 2012

KAYA KOTA

Kosa kata pilihan 


1.    Punggur
              batang kayu mati yg tidak berdahan

2.     tualang
i.               orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg  mengembara
ii.            orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur

3.    tunggul
 pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang

4.    rewang  -/réwang

i.              gotong-royong sbg per­siapan menjayakan sesuatu majlis (ter­utama­nya majlis kenduri perkahwinan)
ii.            merambang, merawak; ® rawak.
iii.           tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll):

5.    mauduk
perkara yg menjadi pokok sesuatu perbincangan dll; tajuk

6.    candawara
rancangan (televisyen, radio dsb) berbentuk permainan yg dipertandingkan yg memerlukan peserta menjawab, membuat sesuatu dsb utk menang

7.    kebejatan
rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi.

8.    Sanggar
i.              tempat pemujaan (dlm rumah), sanggah
ii.            rumah atau bahagian drpd rumah yg kemas teratur

9.    jerayawara
persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau se­kum­pulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg ber­­kunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb.



KOAKADEMIK


PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1
TAJUK CERITA : SEUNCANG DUIT UNTUK IBU
MUHAMMAD IZHAM MAZIZ 


BERCERITA SPONTAN TAHAP 1

BERCERITA TAHAP 2
TAJUK CERITA : IBU YANG KURINDUI
DARWISYAH AFRINA


BERCERITA SPONTAN TAHAP 2





Selasa , 3 Mac 2012 - SK Air Baruk telah menghantar  2 orang peserta bercerita di SK Chenderah, Jasin sempena pertandingan bercerita koakademik peringkat daerah. Peserta terdiri daripada Muhammad Izham Maziz bin Mohd Rasul peserta tahap 1( tahun 3 )  dan Darwisyah Afrina bt Kamarul Anuar peserta tahap 2 ( tahun 4).
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang peserta kerana berjaya mendapat tempat Muhammad Izham Maziz telah mendapat tempat kedua yang  daripada 32 peserta . Maziz juga telah Berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri di Sk Jeram pada hujung bulan April ini.
Darwisyah pula mendapat tempat ketiga daripada 41 peserta . Walaupun tidak berjaya ke peringkat negeri, tahniah diucapkan kepada Darwisyah kerana mampu menguasai pentas bercerita spontan yang julung kalinya diadakan.
Tajuk cerita yang dibawakan oleh Maziz ialah seuncang duit  untuk ibu manakala Darisyah pula ibu yang kurindui.Kedua-dua orang peserta ini telah membawa pulang dua keping sijil dan sebuah midel setiap seorang. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Pn. Norriah binti Musa dan Pn. Siti Hajar binti Fadzil. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru tersebut. 








CERITA KANAK-KANAK

CERITA PILIHAN