CERITA PILIHAN MINGGU INI
Saturday, 21 April 2012
KAYA KOTA
KOSA KATA MINGGU INI.
1. Cakna - ambil peduli, ambil berat
2. kurator
i. pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap);
ii. anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll);
iii. pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara.
3. Delegasi - (délégasi)
i. rombongan yg mewakili sesebuah negara dlm perundingan (persidangan dsb), perwakilan;
ii. tindakan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas, tanggungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb);
iii. Id pemindahan wang atau hutang kpd orang lain; mendelegasikan mengamanahkan atau menurunkan hak (kuasa, tugas dan tanggungjawab, dsb) kpd seseorang lain (mis kpd penolong dsb).
4. Propaganda - penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi
atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai.
5. Jamung - andang, suluh,
6. Andang - suluh (drpd daun nyiur yg kering)
7. Wahana -alat utk melahirkan atau utk menyampaikan fikiran, perasaan dsb
8. Cerpu- lapik kaki (spt terompah) yg dibuat drpd kulit.
Thursday, 12 April 2012
KAYA KOTA
Kosa kata pilihan
1. Punggur
batang kayu mati yg tidak berdahan
2. tualang
i. orang yg bertualang; orang yg tidak tentu tempat tinggalnya; orang yg mengembara
ii. orang yg mendapatkan sesuatu dgn cara menipu atau dgn cara yg tidak jujur
3. tunggul
pangkal pokok kayu yg masih tertinggal setelah pokok ditebang
4. rewang -/réwang
i. gotong-royong sbg persiapan menjayakan sesuatu majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan)
ii. merambang, merawak; ® rawak.
iii. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll):
5. mauduk
perkara yg menjadi pokok sesuatu perbincangan dll; tajuk
6. candawara
rancangan (televisyen, radio dsb) berbentuk permainan yg dipertandingkan yg memerlukan peserta menjawab, membuat sesuatu dsb utk menang
7. kebejatan
rosak (budi pekerti), buruk (kelakuan), tidak berguna lagi.
8. Sanggar
i. tempat pemujaan (dlm rumah), sanggah
ii. rumah atau bahagian drpd rumah yg kemas teratur
9. jerayawara
persembahan, pameran, ceramah dsb yg diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang (penyanyi, ahli politik dsb) yg berkunjung dr satu tempat ke tempat lain dgn tujuan memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu isu kpd orang ramai, mempromosikan sesuatu dsb.
KOAKADEMIK
PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1
TAJUK CERITA : SEUNCANG DUIT UNTUK IBU
MUHAMMAD IZHAM MAZIZ
BERCERITA SPONTAN TAHAP 1
BERCERITA TAHAP 2
TAJUK CERITA : IBU YANG KURINDUI
DARWISYAH AFRINA
BERCERITA SPONTAN TAHAP 2
Selasa , 3 Mac 2012 - SK Air Baruk telah menghantar 2 orang peserta bercerita di SK Chenderah, Jasin sempena pertandingan bercerita koakademik peringkat daerah. Peserta terdiri daripada Muhammad Izham Maziz bin Mohd Rasul peserta tahap 1( tahun 3 ) dan Darwisyah Afrina bt Kamarul Anuar peserta tahap 2 ( tahun 4).
Tahniah diucapkan kepada kedua-dua orang peserta kerana berjaya mendapat tempat Muhammad Izham Maziz telah mendapat tempat kedua yang daripada 32 peserta . Maziz juga telah Berjaya melayakkan diri ke peringkat negeri di Sk Jeram pada hujung bulan April ini.
Darwisyah pula mendapat tempat ketiga daripada 41 peserta . Walaupun tidak berjaya ke peringkat negeri, tahniah diucapkan kepada Darwisyah kerana mampu menguasai pentas bercerita spontan yang julung kalinya diadakan.
Tajuk cerita yang dibawakan oleh Maziz ialah seuncang duit untuk ibu manakala Darisyah pula ibu yang kurindui.Kedua-dua orang peserta ini telah membawa pulang dua keping sijil dan sebuah midel setiap seorang. Tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing iaitu Pn. Norriah binti Musa dan Pn. Siti Hajar binti Fadzil. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)